Ini tarikh-tarikh penting buat proses Pilihan Raya Umum di Singapura<br />Pejabat Perdana Menteri Singapura dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Presiden Halimah Yaakob bersetuju dengan tarikh penamaan calon yang ditetapkan pada Selasa depan 30 Jun 2020.<br />Pengundi berdaftar republik itu akan membuang undi mereka pada 10 Julai 2020 menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pilihan Raya Singapura.